Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membendung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKATAN BESAR

Perikatan Besar ialah nama bagi perikatan tiga

kesatuan negara Eropah yang dibentuk untuk

membendung kuasa ketenteraan Perancis di

bawah pemerintahan Raja Louis XIV. Setiap negara

dalam perikatan ini menghalang peluasan Perancis

dan mengekalkan imbangan kuasa di Eropah.

UMUM 
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 

Kembali ke atas