DERIA | Deria ialah cara haiwan bersel banyak memberitahu apa yang berlaku dalam persekitarannya. Ramai orang menyangka bahawa manusia hanya mempunyai lima deria — pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Tetapi terdapat jenis deria lain yang memberi maklumat tentang kedudukan dan pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan, dan rasa dahaga. | UMUM | |
SAMAN | Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk memberi keterangan. Surat saman mungkin digunakan untuk kesalahan jalan raya atau kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut ditangkap. | UMUM | |
SIREN | Siren ialah alat yang digunakan untuk membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan. Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai amaran serangan udara. | UMUM | |
DERIA OTOT | Deria otot juga dikenali sebagai propriosepsion sedar ialah salah satu daripada dua deria yang memberitahu manusia kedudukan bahagian badan. | UMUM | |
ANGELUS | Angelus ialah sembahyang Roman Katolik. Angelus ialah perkataan Latin bagi malaikat . Ia merupakan perkataan pertama sembahyang Latin dan merujuk kepada malaikat yang menurut Kitab Perjanjian Baru, memberitahu Mary bahawa dia akan menjadi ibu kepada Jesus Christ. | UMUM | |
SAGA | Saga ialah nama yang diberikan kepada badan kesusasteraan bertulis yang besar di Iceland dari tahun 1100-an hingga 1300-an. Perkataan saga dikaitkan dengan kata kerja bahasa Iceland yang bererti ‘mengatakan’ atau ‘memberitahu’. | UMUM | |
ALAT SAINTIFIK | Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari tentang dunia. Segala-gala diketahui tentang persekitaran kita melalui deria seperti pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas dengan baik untuk memberitahu kita apa yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam suatu atom. | UMUM | |
PERINTAH BERKURUNG | Perintah berkurung ialah satu tempoh dari siang hari yang membawa ke petang dan berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud padamkan apa yang sedang menyala . Pada permulaan waktu perintah berkurung, loceng dibunyikan memberitahu penduduk supaya memadamkan lampu, menutupi api dan tidak berada di jalan raya sehingga hari siang. | UMUM | |
SITTING BULL | Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux yang terkenal. Banyak orang yang menyangka bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam pertempuran Little Bighorn di Montana pada 25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan Kolonel George Custer meninggal dunia. Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai dukun utama dalam persediaan menghadapi pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya, dia menerima visi bahawa semua musuh akan jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876, Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru ini membawa kepada terhapusnya Custer dan tenteranya. | UMUM | |
PANDAK ENDUT | PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British. Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak. Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya. Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |