Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia.sa.kan] | ممبياساکن

Definisi : 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia.sa.kan] | ممبياساکن

Definisi : 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiasakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARISTOTLE

Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik,

dan ahli sains Yunani yang merupakan salah

seorang ahli fikir yang paling agung dan paling

berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle

mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau

purba yang paling terpelajar dan paling berilmu.

Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan

pembangunan pemikiran Yunani sebelum

zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle

mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik,

dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi

intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan

gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua

orang ahli falsafah Yunani purba yang paling

penting.

UMUM 

Kembali ke atas