PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE | Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. | UMUM | |
KEDIAMAN DI TASIK | Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah kadangkala membina tempat kediaman di tasik atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di tasik. Mereka membina rumah mereka di atas pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau tiang. | UMUM | |
SIEMENS | Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman. Werner von Siemens (1816–1892) membina talian telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan membantu memasang kabel telegraf laut dalam yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan menambahbaikkan proses penyaduran elektrik. Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman. | UMUM | |
ROSSE, EARL OF | Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi Ireland yang membina teleskop pantul, yang pada masa itu merupakan yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina cermin teleskop yang diperbuat daripada logam yang bergilap. Teleskop itu terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci. Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim jerebu yang dikenal sebagai nebula. | UMUM | |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
BELL, ALEXANDER GRAHAM | Tokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefon | TEKNOLOGI | Tokoh |
DEWEY, MELVIL LOUIS KOSUTH | Tokoh yang membina sistem perpustakaan | TEKNOLOGI | Tokoh |
O'BRIEN, EDNA | O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss (1963), dan The Love Object (1968). Dia juga menulis beberapa buah cerpen, skrip drama televisyen, dan skrip filem. O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare, Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun 1958. | UMUM | |
TEMBOK ROM | Tembok Rom ialah tembok penghalang yang dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak terdapat sempadan jajahan yang semula jadi. Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina satu garisan tembok di negara yang kini ialah Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok Rom yang paling masyhur. | UMUM | |
OTIS, ELISHA GRAVES | Otis, Elisha Graves (1811–1861) ialah pereka Amerika yang membina lif pertama yang mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini mencegah lif daripada jatuh jika tali yang memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan memotong tali yang memegang lif selepas dia menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan dengan meluas sehingga kemunculan bangunan pencakar langit pada tahun 1870-an. | UMUM | |