PERSIDANGAN WASHINGTON | Persidangan Washington ialah mesyuarat yang diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain, Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERJANJIAN DAMAI | Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara dua atau lebih negara yang bersetuju untuk membincangkan perselisihan secara damai dan bukan bertujuan menyerang antara satu dengan lain. Antara Perang Dunia I (1914–1918) dan Perang Dunia II (1939–1945), banyak negara telah menandatangani perjanjian damai kerana tidak ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk mengelakkan peperangan. | UMUM | |
PUNARAN | Punaran ialah proses mencipta reka bentuk atau gambar pada plat logam dengan menggunakan asid. Punaran mempunyai kepentingan dalam seni halus dan percetakan komersial. Rencana ini membincangkan punaran sebagai seni halus. Untuk maklumat mengenai punaran dalam percetakan komersial, lihat Fototurisan dan fotolitograf i. | UMUM | |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |
AMADO, JORGE | Amado, Jorge (1912–2001) ialah penulis novel Brazil. Amado menulis kisah tentang negeri Bahia, terutama tentang pelabuhan Salvador dan kawasan yang berhampiran dengannya. Kebanyakan cerekanya membincangkan masyarakat kelas bawahan Brazil. Dengan gaya penulisannya yang jelas dan realistik, dia menggunakan bahasa penduduk ini untuk menggambarkan keghairahan berjangkit-jangkit mereka terhadap kehidupan. | UMUM | |
REKA BENTUK | Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk memainkan peranan yang penting dalam semua seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri. Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk asas yang digunakan dalam seni tampak. | UMUM | |
TANDA LAHIR | Tanda lahir ialah kecacatan kulit yang ada semasa lahir atau tidak berapa lama kemudian. Terdapat dua jenis tanda lahir, iaitu tahi lalat dan haemangiomas . Rencana ini membincangkan tentang haemangiomas. Untuk maklumat lanjut tentang tahi lalat, lihat Tahi lalat. | UMUM | |
SURAH NUH | Surah Nuh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan orang-orang yang mendustakan Nuh a.s. dari kalangan kaumnya. | UMUM | |
ANTIBEKU | Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku digunakan dalam sebatian untuk membuang ais atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur dalam sistem penyejuk kereta. | UMUM | |
SEJARAH | Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai kejadian masa lampau dan menyediakan catatan baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan maklumat tentang kejadian-kejadian dalam sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan benua, bandar, negara dan provinsi. | UMUM | |