Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAUH

Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk

menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh

yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli.

Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh,

dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada

kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air,

ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan

kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar

membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini

mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin

hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh

dari air

UMUM 

Kembali ke atas