Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.ko/.kan] | ممبوڠکوککان

Definisi : menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.ko/.kan] | ممبوڠکوککان

Definisi : menjadikan bongkok: melengkungkan: Dia ~ badannya utk mengambil penselnya yg terjatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkokkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG-ORANG BESAR

ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas