Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bo.san.kan] | ممبوسنکن

Definisi : menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bo.san.kan] | ممبوسنکن

Definisi : menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yg itu-itu juga sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membosankan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOMASI

Automasi ialah penggunaan mesin untuk

melakukan kerja yang memerlukan keputusan dibuat.

Automasi digunakan untuk berbagai-bagai jenis kerja

yang sangat membosankan, kompleks atau

berbahaya untuk dilakukan oleh manusia.

UMUM 
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 

Kembali ke atas