MEMBUAT BAKUL | Membuat bakul ialah seni kraf tangan yang digemari. Ramai orang menjadikan aktiviti membuat bakul sebagai hobi. Mereka menghasilkan bakul sebagai barang kegunaan dan hiasan. Orang yang membuat bakul kadangkala dikenali sebagai pembuat bakul. | UMUM | |
MEMBRU | Membru ialah proses yang digunakan untuk membuat sesetengah minuman alkohol, terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop, ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga digunakan. Semua pembuat bir menggunakan proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan ramuan atau masa membru dan suhu untuk memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek, (3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan, (6) proses akhir. | UMUM | |
PLASTER PARIS | Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila dicampurkan dengan air untuk membuat perekat. Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan kegunaan lain. | UMUM | |
BUTON | BUTON, pulau yang terletak di Sulawesi Tenggara. Pada abad ke-16, Buton menghasilkan sagu, jagung dan kapas. Penduduk tempatan sangat mahir dalam pertukangan besi seperti membuat membuat pisau dan pedang. Pada tempoh prapenjajahan Belanda, pedagang dari Ambon, Grisek dan Jaratan belayar ke Buton untuk membeli barangan besi dan hamba. Hamba dibawa masuk ke Buton dari Filipina dan Indonesia Timur. Kebanyakan hamba yang dijual berkhidmat di rumah orang kaya atau bekerja sebagai buruh di ladang lada di Banjarmasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OVENBIRD | Ovenbird ialah dua jenis burung Amerika yang membuat sarang berbentuk kubah. Rufous Ovenbird di kawasan tropika dan Amerika Selatan adalah burung oak thrush berwarna perang kemerahan yang membuat sarang bulat daripada lumpur berbentuk seperti ketuhar kuno pembuat roti. Nama lain yang biasa digunakan bagi burung ini ialah honero yang bermakna pembuat roti dalam bahasa Sepanyol. Rufous Ovenbird membuat sarang di desa lapang, biasanya di tiang pintu pagar di padang ternak lembu yang luas, di pampas (padang rumput Amerika Selatan). | UMUM | |
DAUN | Daun ialah bahagian utama yang membuat makanan pada hampir semua tumbuhan. Bunga taman, rumput, pokok renek dan pokok bergantung pada daun untuk membuat makanan. Begitu juga pakis, sayur-sayuran, tumbuhan menjalar, rumpai dan banyak tumbuhan lain. | UMUM | |
MAKRAMI | Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat barangan dan praktikal hiasan dengan menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan gantung di dinding serta barangan perhiasan lain. | UMUM | |
MENGUNDI | Mengundi ialah satu cara membuat keputusan oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang ramai juga mengundi untuk membuat keputusan dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja, syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini membincangkan pengundian hubungan dengan isu awam dan pengundian dalam pilihan raya politik. | UMUM | |
NIÉPCE, JOSEPH NICÉPHORE | Niépce, Joseph Nicéphore (1765–1833), ahli sains Perancis, mencipta teknik fotografi yang pertama, heliografi . Niépce mula membuat eksperimen pada tahun 1816. Dia berjaya membuat fotograf kasar terhadap kawasan laman dalam pada tahun 1826. Dia memeka plat logam dengan bitumen dan mendedahkannya selama lapan jam. Plat ini, adalah fotograf yang pertama di dunia, berada dalam Koleksi Gernsheim di University of Texas, di Austin, Texas , Amerika Syarikat (lihat Fotografi [Sejarah; gambar]). Niépce juga menghasilkan plat photogravure daripada kaedah ukiran dan pengeluaran semula fotomekanikal yang pertama. Pada tahun 1829, Niépce menjadi rakan kongsi L.J.M. Daguerre, yang membuat penyelidikan tentang proses daguerreotype berdasarkan teknik heliografi Niépce yang lebih awal (lihat Daguerre, Louis J. M. ). Niépce lahir di Chalon-sur-Saone. | UMUM | |
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |