Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.jur] | ممبوجور

Definisi : 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.jur] | ممبوجور

Definisi : terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membujur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
SIBOLGA

SIBOLGA, kota pelabuhan di Sumatera, Indonesia.  Nama Sibolga berasal daripada nama sejenis ikan iaitu `bolga’ yang hidup di lumpur pantai.  Ikan ini tidak dimakan kerana dipercayai beracun dan hidup di dua alam.  Kota Sibolga terletak di sebelah utara pergunungan Tapanuli Tengah, di sebelah selatannya Kampung Sarudik; sebelah barat, Teluk Tapian Nauli; dan sebelah timur, pergunungan Tapanuli Tengah, membujur dari utara ke selatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas