Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.cut] | ممچوت

Definisi : 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merang­sang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan ber­gerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.cut] | ممچوت

Definisi : 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecut (kata nama)
Bersinonim dengan cambuk, cemeti, sambuk, pecut, senawat;,
Kata Terbitan : memecut, kepecutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKLOTRON

Siklotron ialah mesin yang memecut zarah

atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia

adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan

zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut

zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada

proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan

zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta

elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai

tenaga yang lebih tinggi.

UMUM 
SINKROTRON

Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron

dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah

sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah

bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah).

Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk

mengkaji struktur dan daya nukleus atom.

UMUM 
SINKRO-SIKLOTRON

Sinkro-siklotron ialah alat yang memecut

proton atau zarah nukleus yang lebih berat

kepada tenaga tinggi. Ahli fizik menggunakan

pemecut zarah jenis ini, terutamanya untuk

mengkaji nukleus atom.

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
BETATRON

Betatron ialah pemecut zarah untuk memecut elektron yang kadangkala dinamakan zarah beta.

FIZIKAlat/Alatan

Kembali ke atas