MELEMPAR TUKUL BESI | Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun (7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang yang disambung pada tukul dengan dawai keluli sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2 meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter). | UMUM | |
DATUK BATUAH | DATUK BATUAH (? -1950-an), ulama dan pemimpin politik Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ahmad Chatib. Dia memegang jawatan tradisi sebagai penghulu adat dari Koto Lawas (Padang Panjang) dan mendapat pendidikan agama daripada Syekh Haji Abdul Karim Amrullah. Dia ialah salah seorang pelopor penubuhan pembaharuan sistem pengajaran Islam dan pelopor Sekolah Agama Sumatera Thawalib. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' KELANA SENDENG | DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872). 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |