MUBALIGH KRISTIAN | Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang berperanan mengajak memeluk dan mempengaruhi orang ramai supaya memeluk agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui bidang pendidikan, kepakaran akademik, penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain. Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja yang lebih dikenali sebagai kristianisasi. | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
AQRA' IBN HABIS, AL- | Aqra‘ ibn Habis, al- ( ? –31 H. / ? –651 M.), salah seorang daripada sahabat nabi yang baru memeluk Islam. Nama penuhnya ialah al-Aqra‘ ibn Habis al- Tamimi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah Firas, tetapi dia digelar al-Aqra‘ (botak) kerana kepalanya yang botak. Dia berasal dari kalangan pemimpin Arab di zaman jahiliyyah, pernah menyertai pembukaan Kota Makkah dan Perang Hunayn, serta pernah menyertai peristiwa pengepungan Taif. | UMUM | |
KA‘B AL-AHBAR (?–32 H./ ?–652 M.) | Ka‘b al-Ahbar (?–32 H./ ?–652 M.), berbangsa Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama penuhnya ialah Ka‘b ibn Mati‘ ibn Dhu Hajn al-Himyari, al-Yamani, al- Allamah al-Habra. | UMUM | |
SULTAN MUZAFFAR SYAH I | Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha baginda mengembangkan agama Islam di Kedah. | UMUM | |
ABU DHAR, GHAFFARIY | Abu Dhar, Ghaffariy ( ? –32 H./?–652 M.), sahabat Nabi yang setia, ahli hadith dan fiqh serta antara golongan awal yang memeluk Islam dan merupakan golongan ahl al-Suffah. Nama penuhnya ialah Jundub ibn Janadah ibn Sufyan ibn ‘Ubayd ibn Haram ibn Ghaffar. Dia ialah saudara kepada Tha’labah, iaitu anak kepada Mulayl ibn Dumrah, saudara kepada Layth dan al-Dil, iaitu anak-anak kepada Bakr. Dia juga saudara kepada Murrah, iaitu ayah kepada Mudlaj ibn Murrah dan anak kepada Abd Manat ibn Kinanah. Gelarannya ialah Abu Dhar. | UMUM | |
ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
KESULTANAN BRUNEI | KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ABU MIHJAN AL-THAQAFIY | Abu Mihjan al-Thaqafiy (? –30 H./ ? –650 M.) ialah penyair Parsi daripada golongan Mukhdaram yang hidup pada zaman Jahiliah dan kemudiannya memeluk Islam. Terdapat banyak perbezaan pendapat tentang namanya. Abu Mihjan al-Thaqafiy dikatakan bernama ‘Amru ibn Habib, pendapat lain pula mengatakan dia juga dikenali sebagai Abu ‘Abid dan manakala nama-namanya yang lain ialah Malik dan ‘Abdullah. Ibunya bernama Kunud bint ‘Abdullah ibn ‘Abd Shams. Abu Mihjan salah seorang daripada sahabat Nabi SAW. Dia mendengar dan meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW dan dia tergolong dalam kalangan sahabat yang banyak mengalami penderitaan dan berani. | UMUM | |