| KESULTANAN BRUNEI | KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI | EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah ( ) atau Jawi ( ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
| BAHASA | Bahasa |
| SULTAN MUZAFFAR SYAH I | Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha baginda mengembangkan agama Islam di Kedah. | UMUM | |
| MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
| SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH | SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH ( ? – 1423), raja Melaka yang kedua (1414-1423). Baginda dikatakan raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam dalam usia yang agak lanjut. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Megat Iskandar Syah adalah anak kepada Parameswara. Ada juga pendapat umum mengatakan bahawa Parameswara menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
| SULTAN ZAINAL ABIDIN WONGI | SULTAN ZAINAL ABIDIN WONGI ( ? - ? ), pemerintah pertama Islam di Ternate, Sulawesi, Indonesia. Nama sebenar baginda ialah Tidore Wongi. Setelah memeluk agama Islam lebih kurang pada akhir abad ke-15 (1460-1470), baginda telah menukar nama kepada Sultan Zainal Abidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MOHD. HAMDAN ABDULLAH, TUN | MOHD. HAMDAN ABDULLAH, Tun (1922-1977), Yang Dipertua Negeri Sabah Keempat. Dia lahir pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran, Sabah. Nama sebenarnya sebelum memeluk agama Islam ialah Indan Kari. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Vernakular di daerah Tuaran sehingga tamat Darjah Lima iaitu pencapaian tertinggi pada waktu itu (1935-1945). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| W.S. RENDRA | W.S. RENDRA (1935 - ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 7 November 1935 di Solo, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Willibrordus Surendra Broto. Selepas memeluk agama Islam, dia menukar namanya kepada Wahyu Sulaiman. Rendra mendapat pendidikan di Fakulti Sastra, Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Indonesia pada tahun 1968, dia menubuhkan Bengkel Teater. Antara muridnya ialah Putu Wijaya. Melalui Bengkel Teaternya, Rendra menghasilkan teater yang lain daripada drama biasa. | SASTERA | Tokoh |
| LILY EBERWEIN | LILY EBERWEIN (1900-1980), tokoh pendidikan wanita Sarawak. Dia lahir pada 11 Julai 1900 di Kuching, Sarawak. Bapanya ialah John Eberwein berketurunan Belanda Scottish, manakala ibunya ialah Maznah Ali. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Mary’s Kuching dan di Raffles Girl’s School di Singapura hingga Darjah Tujuh. Lily Eberwein memeluk agama Islam pada tahun 1913. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |