Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mén.dé/.kan] | ممينديقکن

Definisi : 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mén.dé/.kan] | ممينديقکن

Definisi : membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUSAN PANAMA

Terusan Panama ialah jalan air yang dibina

merentas Segenting Panama dan menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini

adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang

paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada

tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan

kapal di antara New York City dengan San

Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370

kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat

perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi

Amerika Selatan – suatu jarak yang melebihi 20 900

kilometer.

UMUM 
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
NOTA KAKI

Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf

kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia

digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu

panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke

dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala

digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan

atau idea yang mungkin mudah disalahertikan,

tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau

kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan

oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan

ayat dan membebaskannya daripada fakta yang

berlebihan.

UMUM 

Kembali ke atas