ALEXANDER VI | Alexander VI (1431–1503), paus yang paling mementingkan duniawi antara paus zaman Renaissance. Dia dipilih menjadi paus pada tahun 1492 dan peranan yang dimainkan dan cita-citanya lebih kepada pemimpin sekular. | UMUM | |
SATIE, ERIK | Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis, menghabiskan seluruh kerjayanya dengan mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan dia amat tidak gemar akan romantisme dan impresiosisme. Caranya menangani bentuk harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi banyak penggubah. | UMUM | |
SASTERA SUFI | SASTERA SUFI, hasil sastera yang mengandungi unsur sufi. Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M). Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.
| SASTERA | Konsep |
ALUSIY, ABU AL-THANA’ SHIHAB AL-DIN, AL- | Alusiy, Abu al-Thana' Shihab al-Din, al- (1217 H.–1270 H./ 1802 M.–1854 M.), ahli fiqh, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah Shihab al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayniy. Dia lahir di Baghdad dan menerima pendidikan daripada ulama yang sezaman dengannya. Dia seorang yang cerdik, bijak dan sangat mementingkan pengajian. Hampir semua perkara yang didengarnya tidak dilupakannya, sehingga dia menjadi ulama yang tiada tolok banding pada zamannya | UMUM | |
MALIK IBN NABI | Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973 M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia merupakan salah seorang pemikir Islam yang mengemukakan pandangan mereka untuk membangunkan negara Islam berpandukan ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa yang dianggap sebagai laluan utama sejarah kemasyarakatan. | UMUM | |
SENI UNTUK SENI | SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya. | SASTERA | Konsep |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |
IKEBANA | Ikebana, seni gubahan bunga di Jepun. Seni ini mementingkan keharmonian dalam pembentukan rentak dan warna. | KESENIAN | Kraf Tangan |
O'FLAHERTY, LIAM | O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan yang gersang dan kampung-kampung terpencil Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang penduduknya mementingkan diri sendiri. | UMUM | |