| TEKNOLOGI | Teknologi merujuk kepada semua cara manusia menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat, mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik, dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan pemprosesan data juga bergantung pada teknologi, terutamanya elektronik. | UMUM | |
| SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
| ORANG TEBUSAN | Orang tebusan ialah orang yang ditahan untuk mendapatkan sesuatu tuntutan pembayaran secara paksaan bagi memenuhi sesuatu perjanjian atau tuntutan. Sekiranya perjanjian atau tuntutan itu tidak ditunaikan, orang tebusan ini mungkin akan dibunuh. | UMUM | |
| API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM) | Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| SINAR KOSMIK | Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada zarah subatom yang membawa satu cas elektrik, seperti proton, elektron, dan nukleus atom. Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat. | UMUM | |
| PERBONAN | Perbonan ialah satu kaedah untuk melindungi kerajaan, individu, atau syarikat terhadap kerugian yang disebabkan oleh ketidakjujuran atau kegagalan pihak lain memenuhi kontrak atau kewajipan tertentu. Bon diterbitkan melalui penjamin dan syarikat insurans untuk tujuan tertentu. Jenis bon yang digunakan untuk tujuan ini termasuk bon kesetiaan, bon tanggungan dan bon jaminan. | UMUM | |
| QANAAH | sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain | AGAMA | Konsep |
| SISTEM EKONOMI ISLAM | Sistem ekonomi Islam ialah suatu kaedah yang beroperasi mengikut lunas-lunas Islam dalam soal penggunaan dan pengurusan sumber yang berbentuk material untuk memenuhi kehendak semua pihak. | UMUM | |
| EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
| PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |