SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |
EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. 1"> Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |