Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.na.ti] | ممينتي

Definisi : menggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.na.ti] | ممينتي

Definisi : berminat terhadap sesuatu; menggemari sesuatu: Dia sudah lama ~ sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
RABUAN PITRABUAN PIT (1956-    ), olahragawan.  Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka.  Rabuan meminati bidang sukan sejak di bangku sekolah, khususnya dalam acara lompat kijang dan lompat jauh.  Bagaimanapun, dia memberi tumpuan kepada permainan bola sepak dan badminton serta mewakili pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 
SIPUT SARAWAK

SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem.  Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun.  Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah.  Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara.  Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia.  Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu.  Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya.  Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri.

BUDAYATokoh
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 

Kembali ke atas