Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBUNUHAN AMBON

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt">PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon.  Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia.  Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon.  Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah.  Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda.  Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas