PENGAJIAN MELAYU DI AUSTRALIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AUSTRALIA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Australia ditubuhkan pada tahun 1956. Kerajaan Australia telah meminta tiga buah universiti iaitu, University of Sydney, University of Melbourne dan Canberra University College (kini Australian National University) menyediakan pengajaran dalam Pengajian Melayu dan Indonesia. Kini, terdapat Jabatan Pengajian Melayu dan Indonesia di hampir setiap universiti utama di Australia. Bahasa Melayu dan Indonesia juga diajar secara meluas di sekolah menengah, malah di sekolah rendah di Australia. | BAHASA | Bahasa |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. 1"> | BUDAYA | Konsep |
SURAH AL-MA‘ARIJ | Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya – dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik”. (Surah al-Ma‘arij 70:1–4) | UMUM | |
DAENG MENAMBON | DAENG MENAMBON (? - ?), Raja Mempawah (Kalimantan Barat), putera Opu Tendribureng Daeng Rilaka yang kedua. Daeng Rilaka ialah sepupu Raja Bone (Arumpone), di Sulawesi Barat Daya. Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi dan mengembara ke tanah barat pada akhir abad ke-17. Pada waktu itu, Sultan Muhammad Zainuddin Raja Matan (daerah di pantai Kalimantan Barat), dipaksa oleh adiknya meninggalkan kerajaannya. Sultan Muhammad Zainuddin meminta bantuan putera Daeng Rilaka, Raja Bugis berlima saudara. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |