Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mo.rial] | ميموريال

Definisi : (mémorial) 1. sesuatu yg dibina (di­dirikan dsb) utk memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah: ~ Tun Abdul Razak; ~ P. Ramlee; ~ Peng-isytiharan Kemerdekaan; 2. bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memorial


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
MEMORIAL

Memorial mungkin berbentuk patung,

monumen, bangunan, atau taman. Untuk maklumat

tentang memorial yang khusus, lihat rencana

berikut dalam Ensiklopedia Dunia: Arc de

Triomphe; Monumen; Monumen Washington;

Statue of Liberty.

UMUM 
MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Memorial Tun Abdul Razak ialah tempat

pameran barang-barang milik Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Memorial

ini terletak di Sri Taman, Jalan Perdana, Kuala

Lumpur.

UMUM 
MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE

Memorial Nasional Gunung Rushmore

ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan

granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore.

Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota

Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir

wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala

Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat

(lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala

yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya

142 meter.

UMUM 
ARCHIBALD MEMORIAL FOUNTAIN

Archibald Memorial Fountain, di hujung

sebelah utara Taman Hyde di Sydney, dibuat untuk

memperingati bagaimana Perancis dan Australia

berperang bersama semasa Perang Dunia I (1914–

1918). Air pancut ini mempunyai patung-patung

tembaga berbentuk objek-objek klasik. Ia direka

oleh Francois Sicard, pengukir dari Paris. Air pancut

ini merupakan hadiah untuk rakyat Sydney menurut

wasiat Jules Francois Archibald, seorang penulis

Australia yang mengasaskan majalah The Bulletin .

UMUM 
MONUMEN WASHINGTON

Monumen Washington ialah binaan batu

obelisk yang besar untuk memperingati George

Washington. Ia didirikan di Washington, D.C.,

berhampiran Sungai Potomac, kira-kira di

pertengahan perjalanan antara Capitol dengan

Memorial Lincoln.

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
BORGLUM, GUTZON

Borglum, Gutzon (1867–1941) ialah pengarca

Amerika yang terkenal kerana mencipta Mount

Rushmore National Memorial di Dakota Selatan,

Amerika Syarikat. Ciptaannya itu terdiri daripada

potret-potret besar empat presiden Amerika, iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln, yang dipahat di

gunung.

UMUM 

Kembali ke atas