Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
MUZIUM

Muzium ialah sebuah institusi yang

mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan

kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk

kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi.

Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik,

hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai

sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan

maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli

komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan

bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas

dipamerkan.

UMUM 
POWER HOUSE MUSEUM

Power House Museum di Sydney, Australia,

mempamerkan barang-barang sains dan teknologi

dari zaman lampau Australia.

UMUM 
ZOO

Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan

dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar

mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan

amfibia dari serata dunia.

UMUM 
ZINNEMANN, FRED

Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah

filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali

kerana berjaya mempamerkan watak dengan

begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award

bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man

for All Seasons (1966). Filemnya yang utama

termasuk The Seventh Cross (1944), The Search

(1947), The Men (1950), The Member of the

Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma!

(1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners

(1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977).

UMUM 
MUZIUM SENI MODEN

Muzium Seni Moden di New York ialah salah

sebuah muzium yang terkemuka di dunia yang

khusus mengumpul dan mempamerkan hasilhasil

seni moden. Ia menempatkan lebih

daripada 100 000 objek yang mewakili kesemua

pergerakan seni utama sejak dari tahun 1880

sehingga kini, dari Amerika Syarikat dan negara-negara

lain.

UMUM 
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
TAKSIDERMI

Taksidermi ialah teknik untuk mengawet

haiwan untuk menunjukkannya seperti rupanya

semasa ia hidup. Perkataan taksidermi berasal

daripada dua perkataan Yunani yang bermakna

susunan dan kulit . Muzium sejarah alam semula

jadi biasanya mempamerkan pelbagai haiwan

dalam latar semula jadinya.

UMUM 
ART NOUVEOU

Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan

yang berkembang subur dari tahun 1890-an

hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau

bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini

berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de

l’Art Nouveau . Balai seni lukis tersebut

mempamerkan banyak karya yang dicipta

menggunakan gaya reka bentuk ini.

UMUM 
TAMAN NEGARA YOSEMITE

Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah

gersang yang luas di bahagian tengah-timur

California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di

pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer

di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100

kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju

ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya

berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan

dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah.

Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini

mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan

hidupan liar di kawasan ini.

UMUM 
12

Kembali ke atas