SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
MELOBI | Melobi ialah percubaan untuk mempengaruhi keputusan pegawai kerajaan. Mereka yang cuba memujuk ahli badan perundangan supaya mengundi dengan cara tertentu dikenali sebagai pelobi . | UMUM | |
PROPAGANDA | Propaganda ialah komunikasi sepihak yang bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau poster yang menggesa orang ramai mengundi seseorang calon politik mungkin berbentuk propaganda bergantung pada kaedah pemujukannya. | UMUM | |
DINAMIK KELOMPOK | Dinamik kelompok, merangkumi kuasa yang mempengaruhi mana-mana kelompok manusia dan menentukan apa yang dibuatnya. Kelompok ini boleh jadi kelab, organisasi perniagaan, tentera, atau malah seluruh negara. | UMUM | |
DUNCAN, ISADORA | Duncan, Isadora (1877–1927), penari Amerika, yang amat mempengaruhi bidang tarian pada tahun 1900-an. Dia menentang latihan tarian balet klasik yang kaku dan formal serta mencipta bentuk ekspresi yang bersifat individu. | UMUM | |
MOORE, GEORGE EDWARD | Moore, George Edward (1873–1958), ahli falsafah British yang mempengaruhi ramai ahli falsafah sezaman di United Kingdom. Dia mempertahankan pandangan waras dan menggalakkan kajian ‘bahasa biasa’ sebagai alat falsafah. Moore lahir di London. Dia menjadi profesor falsafah di Cambridge University dan untuk hampir 30 tahun mengedit jurnal falsafah Mind. Tulisannya termasuk Principia Ethica (1903), Ethics (1912) dan A Defence of Common-sense (1925). | UMUM | |
KALILAH WA DIMNAH | Kalilah wa Dimnah ialah sebuah sastera lama yang mempengaruhi sastera dunia secara umum. | UMUM | |
KAWALAN HARGA | Kawalan harga ialah kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk mempengaruhi harga, bagi kebaikan pengeluar atau pengguna. Kawalan harga sering digunakan untuk mengelakkan harga daripada kenaikan yang terlalu cepat. | UMUM | |
MUBALIGH KRISTIAN | Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang berperanan mengajak memeluk dan mempengaruhi orang ramai supaya memeluk agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui bidang pendidikan, kepakaran akademik, penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain. Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja yang lebih dikenali sebagai kristianisasi. | UMUM | |