Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ra.ku.kan]/ | ممڤراکوکن

Definisi : 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. me­nge­mu­kakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diter­jemahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ra.ku.kan]/ | ممڤراکوکن

Definisi : menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperakukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAKUAN KESIHATAN

Perakuan kesihatan ialah sijil yang

dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak

berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan

keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan

keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak

belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak

penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan

diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah

kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin

sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah

dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan

kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin

selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat

yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan.

UMUM 

Kembali ke atas