Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.bai/] | ممڤرباءيق

Definisi : menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.bai/] | ممڤرباءيق

Definisi : membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbaik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUMBUM TETRAETIL

Plumbum tetraetil ialah bahan yang ditambah

kepada petrol untuk memperbaik prestasi enjin.

Bahan ini dikenali sebagai bahan tambah anti-

ketukan kerana ia mengurangkan bunyi “ketukan”

atau bunyi “desing” yang dihasilkan oleh enjin.

Enjin membuat ketukan ini jika petrol dalam

silindernya mula terbakar dengan terlalu segera

atau terlalu pantas. Keadaan demikian yang

menyebabkan ketukan juga mengurangkan

kuasa enjin dan boleh merosakkan enjin.

Sedikit plumbum tetraetil dalam petrol

memperbaik keadaan ini.

UMUM 
MUHASABAH

Muhasabah, perbuatan menilai diri dengan tujuan memperbaik kekurangan diri atau disebut sebagai introspeksi.

AGAMAKonsep
LIEBIG, BARON VON

Liebig, Baron von (1803–1873), membantu

mengasaskan kimia organik, iaitu kajian

tentang sebatian yang mengandungi karbon.

Dia membuat banyak penemuan dalam bidang

ini dan memperbaik kaedah analisis organik.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
MEMANGKAS

Memangkas ialah memotong untuk membuang

bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan,

pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu

tumbuhan pulih daripada kejutan kerana

dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan

tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu

memperbaik kuantiti dan kualiti buah.

UMUM 
ABRAHAM, WILLIAM

Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan

pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di

Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai

pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun.

Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja

lombong dan berusaha beberapa tahun untuk

memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai

wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi

ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai

Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja

lombong bergabung dengan Parti Buruh pada

tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen

sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai

pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta

sastera budaya Wales yang dikenali sebagai

eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama 

Mabon sempena kegiatannya dalam pesta

eisteddfods.

UMUM 
ADDISON, JOSEPH

Addison, Joseph (1672–1719), penulis dan ahli

politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana

gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis

dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi

satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun

1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan

memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat

tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas

menengah, dan memperkenalkan idea sains dan

falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini

mengandungi huraian mengenai perilaku dalam

masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera.

UMUM 
O'CONNOR, C. Y.

O’Connor, C. Y. (1843–1920) ialah jurutera yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

membekalkan air bersih ke kawasan emas di

Australia Barat melalui saluran paip dari kawasan

tadahan dan empangan simpanan sejauh 557

kilometer. Dia mereka bentuk dan menyelia

pembinaan pelabuhan laut dalam yang selamat di

Fremantle. Dia juga memperbaik perkhidmatan

jalan kereta api.

UMUM 
MUSHET, ROBERT FORESTER

Mushet, Robert Forester (1811–1891) ialah

ahli kaji logam Inggeris. Pada tahun 1870, dia

mempatenkan logam tungsten dan besi keluli yang

mempunyai kualiti keras diri. Logam ini amat

sesuai untuk dibuat alat mesin kerana ia

mengekalkan tepi bucu pemotongan, walaupun

berwarna merah kerana geseran. Mushet

membantu memperbaik proses Bessemer untuk

membuat besi keluli. Dia menemui bahawa logam

aloi yang dikenal sebagai spiegeleisen boleh

dicampurkan dengan keluli untuk membantu

proses pengkarbonan semula besi keluli tersebut.

Penemuan ini merintis jalan kepada pembaikan

kekuatan besi keluli [lihat Besi dan keluli (Sejarah)].

Mushet lahir di Coleford, Gloucestershire.

UMUM 
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 
12

Kembali ke atas