Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.bai.ki]/[mem.per.bai/.ki] | ممڤرباءيقي

Definisi : sl berbuat baik kpd: Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.bai.ki]/[mem.per.bai/.ki] | ممڤرباءيقي

Definisi : berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbaiki

Peribahasa

Mempertinggi semangat anjing.

Bermaksud :

Memperbaiki nama orang jahat, akhirnya rugi dan sia-sia saja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANALISISKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ANALISIS JEPITKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ALIRAN PROSESKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
GENTIAN PENETULANGGabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GENTIAN KACAGabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
STIRENA AKRILONITRIL (SAN)Bahan kopolimer termoplastik antara stirena dengan akrilonitril. Kopempolimeran ini dapat memperbaiki sifat-sifat polistirena.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
STEPHENSON, GEORGE

Stephenson, George (1781–1848) ialah jurutera

British, hasil reka ciptanya membantu pembinaan

sistem laluan kereta api British. Kemahiran

Stephenson memperbaiki enjin pengangkut batu

arang di dalam lombong menyebabkan dia

mendapat gelaran “doktor enjin”. Akhirnya dia

membuat keputusan untuk membina lokomotifnya

sendiri. Lokomotifnya yang pertama, Blücher

(1814), mampu menarik lapan gerabak batu arang

pada kelajuan 6 kilometer sejam. Kemudian,

Stephenson memperkenalkan penggunaan stim

yang disalurkan daripada silinder yang dapat

meningkatkan tekanan angin dalam kotak api. Api

akan menjadi semakin panas dan ini menghasilkan

stim yang bertekanan lebih tinggi. Sebuah lagi

lokomotif ciptaannya, Rocket (1829) bergerak selaju

46 kilometer sejam; satu kelajuan yang belum

pernah dicapai sebelum ini. Lokomotif tersebut

merupakan model bagi lokomotif stim yang dibina

seterusnya.

UMUM 
RIIS, JACOB AUGUST

Riis, Jacob August (1849–1914) ialah wartawan,

jurugambar, dan reformis sosial Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an,

dia membantu memperbaiki keadaan hidup di

kawasan setinggan New York City dengan cara

mendedahkan mereka kepada orang ramai melalui

penulisan dan gambar fotonya. Gambar foto yang

diambil oleh Riis adalah antara yang pertama

muncul di akhbar.

UMUM 
KELENGKAPAN

Kelengkapan ialah istilah ketenteraan yang

merujuk kepada senjata dan amunisi.

Kebanyakan tentera darat, tentera laut, dan tentera

udara mempunyai jabatan kelengkapan. Jabatan ini

bertugas untuk mereka, membuat, memperbaiki,

dan mengagih senjata dan amunisi. Istilah

kelengkapan juga termasuk peralatan yang

digunakan dalam pembuatan dan penyelenggaraan

barang-barang ini.

UMUM 
12

Kembali ke atas