Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempereratkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH

RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH, bangunan khusus yang digunakan untuk upacara agama, sosial dan adat orang Bidayuh di Sarawak.  Fungsi rumah adat ini adalah untuk mempereratkan hubungan semangat kekitaan di kalangan orang Bidayuh.  Orang Bidayuh membina rumah adat di setiap perkampungan mereka.  Bagi penduduk Bidayuh di daerah Bau, rumah adat mereka dikenal sebagai ‘Baruk’, di daerah Serian dipanggil ‘Baluh’ atau ‘Balui’ dan di Kuching dipanggil ‘Panggah’.

BUDAYABangunan/Kota

Kembali ke atas