TUGU PERINGATAN NEGARA | Tugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
MONUMEN WASHINGTON | Monumen Washington ialah binaan batu obelisk yang besar untuk memperingati George Washington. Ia didirikan di Washington, D.C., berhampiran Sungai Potomac, kira-kira di pertengahan perjalanan antara Capitol dengan Memorial Lincoln. | UMUM | |
MONUMEN | Monumen ialah struktur, biasanya bangunan atau patung, yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti ngarai. | UMUM | |
ARCHIBALD MEMORIAL FOUNTAIN | Archibald Memorial Fountain, di hujung sebelah utara Taman Hyde di Sydney, dibuat untuk memperingati bagaimana Perancis dan Australia berperang bersama semasa Perang Dunia I (1914– 1918). Air pancut ini mempunyai patung-patung tembaga berbentuk objek-objek klasik. Ia direka oleh Francois Sicard, pengukir dari Paris. Air pancut ini merupakan hadiah untuk rakyat Sydney menurut wasiat Jules Francois Archibald, seorang penulis Australia yang mengasaskan majalah The Bulletin . | UMUM | |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
TAJ MAHAL | Taj Mahal ialah salah satu daripada makam yang tercantik dan termahal di dunia. Maharaja India, Shah Jahan memerintahkan pembinaan makam untuk memperingati isteri yang dikasihinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1629. Makam ini terletak berhampiran bandar raya Agra di bahagian utara India, di sebelah selatan tebing Sungai Jumna. Lebih kurang 20 000 orang pekerja telah diambil untuk membinanya dan ia telah disiapkan selepas lebih kurang 20 tahun, iaitu kira-kira pada tahun 1650. | UMUM | |
KRISMAS | Krismas, perayaan penganut agama Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus Christ. Ia disambut pada 25 Disember setiap tahun sejak 400 SM. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
MICHAELMAS | Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada 29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja England, dan pada 8 November di gereja Greek, Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai memperingati Saint Michael yang digelar ‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M. Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik. Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan Cambridge. | UMUM | |
SURAH MARYAM | Surah Maryam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-19 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 98 ayat. Surah ini dinamakan Maryam sebagai memperingati peristiwa mukjizat kejadian bayi yang lahir tanpa bapa, dan kekuasaan Allah S.W.T. yang menjadikan bayi yang masih kecil itu boleh bertutur serta peristiwa-peristiwa luar biasa lain yang mengiringi kelahiran Isa a.s. | UMUM | |
PARTHENON | Parthenon ialah sebuah kuil Yunani purba di kota Athens. Kuil ini terletak di atas sebuah bukit bernama Acropolis yang menghadap kota Athens. Kuil Parthenon ini dibina untuk memperingati Athena, dewi pelindung kota Athens. Kuil ini mungkin merupakan contoh terbaik seni bina Yunani purba. | UMUM | |