Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1. melahirkan (dgn kata­kata), mempercakapkan, menceritakan: terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yg tersimpan di dlm hatinya; dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu; 2. membincangkan, membicarakan: mereka berkumpul ~ da-gangan mereka pd hari itu; ~ masalah penulisan yg serius; ~ kesusasteraan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRESIDEN

Presiden ialah gelaran yang digunakan oleh

beberapa ketua negara atau pemimpin kerajaan

kebangsaan. Presiden juga ialah gelaran ketua

syarikat perniagaan, perbadanan, maktab, institusi,

atau persatuan. Rencana ini memperkatakan

presiden sebagai suatu istilah politik.

UMUM 
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 
ALEGORI

Alegori, istilah Yunani yang bermaksud memperkatakan yang di sebaliknya.

SASTERAKonsep
SURAH AL-SAFF

Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 14 ayat.

Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia

memperkatakan tentang peperangan sebagaimana

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang

yang berperang di atas jalan-Nya dengan

tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan

yang utuh”.

(Surah al-Saff 61:4)

UMUM 
KESUSASTERAAN

Kesusasteraan dalam pengertian kata yang

luas bermaksud apa-apa sahaja bentuk susunan

kata yang bermakna. Istilah bagi susunan seperti

ini dinamakan teks. Mengikut fahaman ini,

kesusasteraan termasuk buku komik, cerita rakyat,

buku panduan pelancong dan juga novel, drama

dan puisi. Dalam pengertian yang lebih sempit,

mungkin terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan.

Kita mungkin memperkatakan kesusasteraan

yang ditulis dalam bahasa yang tertentu seperti

kesusasteraan Perancis atau kesusasteraan dari

sesebuah negara seperti kesusasteraan Amerika.

Kita juga sering memperkatakan kesusasteraan

dari sesuatu zaman, seperti kesusasteraan

Zaman Renaissance. Kita juga mungkin merujuk

kepada kesusasteraan sesuatu perkara seperti

kesusasteraan perkebunan atau kesusasteraan

saintifik.

UMUM 
SA‘ID IBN JUBAYR

Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli

fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady

Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia

seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat.

Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn

Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar,

Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada

kalangan sahabat.

UMUM 
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
KESUSASTERAAN MELAYUKESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah.SASTERAKonsep
SASTERA BANDINGAN

SASTERA BANDINGAN, disiplin kajian  yang merangkumkan teori kritikan, sejarah kritikan dan pendekatan kritikan.  Disiplin sastera bandingan bermula di Perancis pada tahun 1829 ketika Vellemain memperkatakan buku  Anatomei comparee (1800) karya Cuvier.  Tradisi ini disambung pula di England pada tahun 1849 oleh Matthew Arnold.  Selepas itu penggunaannya semakin meluas ke Jerman dan Amerika Syarikat sehingga terbit dua mazhab yang kini dikenal sebagai mazhab Perancis dan mazhab Amerika.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas