KLOVER | Klover ialah tanaman yang berharga yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak protein dan mineral. Klover digunakan sebagai rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering, dan silaj. | UMUM | |
MENHADEN | Menhaden ialah ikan yang hidup di Lautan Atlantik di luar pantai Amerika, dari selatan Kanada hingga ke Brazil. Namanya berasal daripada perkataan Orang Asli Amerika yang bermakna yang memperkaya bumi. Menhaden membesar dari 30 sentimeter hingga 46 sentimeter panjangnya dan beratnya dari 0.3 kilogram hingga 0.5 kilogram. | UMUM | |
MISTRAL, FREDERICK | Mistral, Frederick (1830–1914) ialah penyair Perancis yang popular dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1904 bagi bidang kesusasteraan. Dia menulis dalam bahasa Provencal moden, iaitu bahasa di selatan Perancis. Mistral mengetuai pergerakan pada tahun 1800-an yang dikenali sebagai Felibridge. Pergerakan ini cuba menghidupkan semula tradisi kesusasteraan dan memperkaya bahasa troubadour Zaman Pertengahan (lihat Troubadour). | UMUM | |
SUNGKUP | Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering, clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun, habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu menyimpan air dalam tanah dengan mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman. Sungkup berharga kepada pekebun di rumah, tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja komersial. | UMUM | |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |
SINONIM | Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila satu kata boleh digunakan untuk maksud yang sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin kedua-duanya boleh digunakan untuk menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak menggunakan kata stupid untuk menerangkan mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya bahasa dengan membantu penutur, atau penulis menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang membosankan. | UMUM | |