TAYLOR, BROOK | Taylor, Brook (1685–1731), ahli matematik Inggeris yang memperkembangkan rumus yang menjadi asas kalkulus beza terhingga (lihat Kalkulus ). Rumus ini, yang dikenal sebagai Teorem Taylor , muncul dalam Methodus Incrementorum Directa et Inversanya (1715–1717) yang ditulis olehnya. Taylor lahir di Edmonton, kini sebahagian daripada London. Dia belajar di St. John’s College, Cambridge. Dia menjadi setiausaha Royal Society dari tahun 1714 hingga tahun 1718. | UMUM | |
KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
POSITIVISME | Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte, ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk positivisme yang pertama pada tahun 1800-an. Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai positivisme logik , diperkembangkan pada tahun 1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang dikenali sebagai Lingkaran Vienna. | UMUM | |
SUNAN KUDUS | SUNAN KUDUS ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sayid Jaafar Shadiq. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang berjasa dalam mengembangkan dan menegakkan kerajaan-kerajaan Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia dikatakan berasal dari Palestin dan tiba di Jawa pada tahun 1435 dengan tujuan membantu memperkembangkan agama Islam. Pada tahun 1436, dia dilantik sebagai ahli Walisongo kerana menggantikan Malik Isroil. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |