CHOMSKY, NOAM | Chomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik Amerika yang memperkenalkan tatabahasa transformasi. Tatabahasa transformasi adalah sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang yang menentukan semua ayat yang boleh dibentuk dalam satu-satu bahasa. | UMUM | Umum |
DRACO | Draco ialah penggubal undang-undang Yunani yang memperkenalkan kod undang-undang bertulis pertama di Athens purba pada tahun 621 SM. Kod ini direka untuk mengurangkan rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh ketidakadilan sistem pengadilan Athens | UMUM | |
THEOCRITUS | Theocritus (200-an S.M.) ialah penyair Yunani yang memperkenalkan ciri-ciri puisi pastoral Yunani. Puisi pastoral berkisar di sekitar tema kedesaan. Theocritus menentukan piawai puisi pastoral dengan tema yang dipilihnya, persembahan yang menarik, dan kesan emosi yang mendalam. | UMUM | |
STEIN, GERTRUDE | Stein, Gertrude (1874–1946) ialah pengarang Amerika yang memperkenalkan gaya penulisan yang unik. Dia mempengaruhi ramai penulis – antaranya Sherwood Anderson dan Ernest Hemingway – yang cuba membentuk cara baru untuk melahirkan karya masing-masing. | UMUM | |
KATA SENDI | Kata sendi dalam tatabahasa ialah kata yang memperkenalkan sesuatu kata atau frasa dan menghubungkan kata itu dengan kata yang diterangkannya. | UMUM | |
ANDERSON, MAXWELL | Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama realistik, termasuk drama perang What Price Glory? (bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi sumbangannya yang utama ialah drama sejarah, drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan semula tragedi hero tradisional dalam teater moden. | UMUM | |
CHRISTIAN, CHARLIE (1916–1942) | Christian, Charlie (1916–1942) ialah ahli muzik Amerika yang memperkenalkan gitar sebagai alat muzik solo pada muzik jaz | UMUM | Umum |
SHERMAN, JOHN | Sherman , John (1823–1900) ialah negarawan Amerika. Dia menjadi masyhur kerana memperkenalkan undang-undang perak dan antitrust yang menggunakan namanya (lihat Undang-undang antitrust). Selama hampir 50 tahun Sherman memegang jawatan di Washington D.C., sama ada sebagai ahli Kongres Republikan atau dalam Kabinet. Dia dipilih ke Dewan Perwakilan dari Ohio pada tahun 1854, dan dipilih ke Dewan Senat tujuh tahun kemudian. Sherman berkhidmat sebagai setiausaha perbendaharaan dari tahun 1877 hingga tahun 1881, dan kemudian kembali semula ke Dewan Senat. Jawatan awamnya yang terakhirnya ialah sebagai setiausaha negara pada tahun 1897 dan tahun 1898. Sherman lahir di Lancaster, Ohio. Semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), saudara kepada Sherman, William T. Sherman menjadi seorang jeneral terkenal untuk pihak Kesatuan (lihat Sherman, William T.). | UMUM | |
DAVIDSON, PHILMORE “BOOTS” | Davidson, Philmore “Boots” (1927–1993) ialah ahli muzik yang memperkenalkan tambur atau gendang keluli di United Kingdom (UK). Dia menubuhkan pancaragam keluli Casablanca, yang menjadi terkenal dengan gaya rentak kalipso. | UMUM | |
SUBBULAKSHMI, M.S. | Subbulakshmi, M.S. (1916–2004) ialah penyanyi muzik klasik India yang ulung. Dia memperkenalkan muzik India Selatan ke India Utara dan kemudian ke Eropah dan Amerika Syarikat. | UMUM | |