Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun, dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau, Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya. Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah. |