PERBADANAN | Perbadanan ialah individu atau kumpulan yang memperoleh satu piagam yang memberinya hak dan keutamaan perundangan yang tertentu. Sesebuah perbadanan boleh memiliki harta, membeli dan menjual, mengeluarkan barangan, dan mengambil tindakan undang-undang seolah- olah ahlinya adalah seorang individu. Jenis perbadanan yang paling dikenali ialah perbadanan perniagaan. Jenis-jenis perbadanan lain termasuk perbadanan perbandaran, perbadanan milik kerajaan, dan perbadanan separa awam. | UMUM | |
PEPANJAT | Tumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
SENJATA NUCLEAR | Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang memperoleh kuasa pemusnahnya daripada perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga. Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam, periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding sebarang senjata konvensional (bukan nuklear). | UMUM | |
TENNANT, KYLIE | Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun 1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956). Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat, kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi Children’s Book Award dengan bukunya yang berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di Sydney. | UMUM | |
TELAGA | Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui. Kebanyakan syarikat perlombongan juga menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan ini. | UMUM | |
REPUBLIK CZECH | Republik Czech ialah negara yang terletak di tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar dikenali Czechoslovakia. | UMUM | |
SYARIKAT SAHAM BERSAMA | Syarikat saham bersama ialah satu bentuk organisasi perniagaan yang memperoleh dana melalui penjualan stok saham (modal syarikat) kepada sekumpulan individu bagi menjalankan perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat). | UMUM | |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
ENJIN | Enjin ialah mesin yang menukar tenaga kepada kerja mekanikal. Enjin boleh memperoleh tenaganya daripada sebarang jumlah sumber, termasuk bahan bakar, stim, dan udara, atau kuasa tekanan air. | UMUM | |
SIEGFRIED | Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. | UMUM | |