| LICAD, CECILE | Licad, Cecile (1961– ), pemain piano konsert Filipina yang memperolehi pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1980-an. Dia mempersembahkan konsert profesionalnya yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980, bersama-sama Boston Symphony Orchestra di bawah pimpinan pemimpin Jepun, Seiji Ozawa. Persembahannya di Tanglewood Festival, Massachusetts , memenangi anugerah Leventritt. Pada tahun 1981, Licad memulakan musim konsert pertama yang sepenuhnya dengan orkestra New York Philharmonic di bawah pimpinan Zubin Mehta, dari India. | UMUM | |
| RICHARDSON, HENRY HOBSON | Richardson, Henry Hobson (1838–1886), arkitek Amerika yang pertama memperolehi pengiktirafan di arena antarabangsa. Dia mendominasi bidang seni bina Amerika Syarikat pada tahun 1870-an dan 1880-an. | UMUM | |
| RHODES, CECIL JOHN | Rhodes, Cecil John (1853–1902) ialah ahli perniagaan dan negarawan British. Dia memperolehi kekayaan daripada industri berlian dan berkemungkinan merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan empayar Inggeris di Afrika daripada dengan tokoh lain yang hidup sezaman dengannya. | UMUM | |
| TAN MALAKA | Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan negaranya untuk memperolehi kemerdekaan dari Belanda. Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera. Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun 1912, ibu bapanya telah memberikan gelar Tan Malaka kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada Komunisme. | UMUM | |
| TANAH | Tanah adalah sumber asli yang penting meliputi sebahagian besar permukaan bumi. Secara langsung atau tidak langsung, semua kehidupan di atas bumi bergantung kepada tanah untuk sumber makanan. Tumbuh-tumbuhan berakar dalam tanah dan memperolehi nutrien (zat makanan) daripadanya. Haiwan pula memperolehi nutrien daripada tumbuh-tumbuhan atau daripada haiwan lain yang memakan tumbuh-tumbuhan. S | UMUM | |
| ANSETT, SIR REGINALD | Ansett, Sir Reginald (1909–1981), mempelopori pengangkutan udara secara komersial di Australia. Reginald Miles Ansett lahir di Inglewood, Victoria. Dia memperolehi lesen juruterbang pada tahun 1929. | UMUM | |
| MENGUMPUL DUIT SYILING | Mengumpul duit syiling adalah salah satu hobi yang sangat popular di dunia. Kebanyakan pengumpul duit syiling akan berasa seronok apabila mencuba mendapatkan set lengkap duit syiling sesebuah negara atau memperolehi satu atau lebih duit syiling tertentu. Sesetengah orang mengumpul duit syiling sebagai karya seni. Manakala yang lainnya berbuat demikian sebagai satu pelaburan, iaitu untuk dijual kemudiannya bagi mendapat keuntungan. Melalui duit syiling yang dikumpul, seseorang pengumpul dapat mengetahui perihal orang ternama dan peristiwa tertentu dalam sejarah sesebuah negara. | UMUM | |
| TH. SRI RAHAYU PRIHATINI | TH. SRI RAHAYU PRIHATINI (1944 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 7 Mei 1944 di Yogyakarta, Indonesia. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga guru. Pendidikan formal yang pernah diterimanya ialah Sekolah Dasar (1950 – 1956), Sekolah Guru Bawah (1956 – 1960), Sekolah Guru Atas (1960 – 1963), Falkutas Sastra Universitas Gadjah Mada (1963 – 1971); mengikuti Program Studi Pasca Sarjana di Universitas Gadjah Mada, dan memperolehi Sarjana dari University Flinders, Australia (1983 – 1985) atas biasiswa daripada The Ford Foundation. Pada tahun 1993, dia memperolehi Doktor Falsafah dari Universitas Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
| AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
| NUR MISUARI | NUR MISUARI, Datuk Seri ( ? - ), tokoh pejuang Islam Filipina dan pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). Dia lahir di Sulu, Filipina Selatan. Dia dianugerahi biasiswa ‘Commission on National Integration College Programme’ semasa belajar di University of Philippines dan memperolehi ijazah Sains Politik. Dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Asia di universiti yang sama sehinggalah dia menghilangkan diri setelah terlibat dalam pergerakan bawah tanah untuk memimpin menentang pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |