Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sa.tu.kan] | ممڤرساتوکن

Definisi : 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. me­ngahwinkan, menikahkan: maka muafakat­lah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sa.tu.kan] | ممڤرساتوکن

Definisi : menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersatukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG-ORANG BLOOMINGTON

ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas