Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sem.bah.kan] | ممڤرسمبهکن

Definisi : 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersembahkan

Peribahasa

Memberi garam kepada laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLAGIAT

Plagiat ialah tindakan mempersembahkan karya

sastera, lukisan, atau muzik orang lain sebagai

hasil kerja sendiri.

UMUM 
AHLI SILAP MATA

Ahli silap mata ialah penghibur yang

mempersembahkan muslihat yang kelihatan

mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari

udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji

oren. Mereka membaca minda orang dan

mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari

sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan

seseorang daripada pandangan.

UMUM 
SENI HALUS

Seni halus berkaitan dengan membuat objek-

objek cantik, atau mengeluarkan, atau

mempersembahkan karya yang menarik kepada

cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk

menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana

seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara

untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan

karya seni yang besar dapat mengembangkan

minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan

fikiran terbaik tokoh besar.

UMUM 
STREISAND, BARBRA

Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan

seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi

dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu

popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai

pelawak wanita, di pentas dan dalam filem.

UMUM 
TEATER SENI MOSCOW

Teater Seni Moscow, merupakan salah sebuah

teater yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an.

Teater ini mempersembahkan pementasan drama

oleh pengarang Rusia yang terkenal dan pernah

membuat beberapa lawatan ke negara Barat. Teater

ini terkenal kerana pementasan drama yang ditulis

oleh penulis Rusia seperti Anton Chekhov, Maxim

Gorki, dan Leo Tolstoy.

UMUM 
LICAD, CECILE

Licad, Cecile (1961– ), pemain piano

konsert Filipina yang memperolehi pengiktirafan

antarabangsa pada tahun 1980-an. Dia

mempersembahkan konsert profesionalnya yang

pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980,

bersama-sama Boston Symphony Orchestra di

bawah pimpinan pemimpin Jepun, Seiji Ozawa.

Persembahannya di Tanglewood Festival,

Massachusetts , memenangi anugerah Leventritt.

Pada tahun 1981, Licad memulakan musim konsert

pertama yang sepenuhnya dengan orkestra New

York Philharmonic di bawah pimpinan Zubin Mehta,

dari India.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
PERUBATAN SUKAN

Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan

yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang

yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya

adalah untuk mengurangkan risiko terhadap

kecederaan dan untuk merawat secara berkesan

sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang

sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor,

pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga

pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong

menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan

untuk membantu para atlet mempersembahkan

prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami

sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini

juga akan membuat penilaian tentang kaedah

melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan

bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk

dan penggunaan peralatan olahraga dan

kemudahan.

UMUM 

Kembali ke atas