DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |