BUDI UTOMO, organisasi nasional pertama di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 20 Mei 1908 oleh pelajar-pelajar Sekolah Doktor Jawa (School tot Opleiding Voor Indische Artsen atau STOVIA) atas anjuran Dr. Wahidin Sudira Usada, pesara doktor perubatan. Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk memajukan nusa dan bangsa melalui pendidikan, pertanian, perdagangan, penternakan, teknik dan industri, kebudayaan serta mempertinggi cita-cita kemanusiaan untuk mencapai kehidupan bangsa yang terhormat.
Thanks for clicking. That felt good.