Addison, Joseph (1672–1719), penulis dan ahli politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun 1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas menengah, dan memperkenalkan idea sains dan falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini mengandungi huraian mengenai perilaku dalam masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera. |