Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ting.kat.kan] | ممڤرتيڠکتکن

Definisi : menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempertingkatkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELFORD, THOMAS

Telford, Thomas (1757–1834) ialah jurutera

awam Scotland yang terkenal kerana

mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya.

Telford menggunakan batu rata yang besar bagi

pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini

dinamakan mengambil sempena namanya.

Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan,

dan tali air. Dia membina jambatan tergantung

Selat Menai yang menyambungkan Pulau

Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di

Wales, dan Terusan Ellesmere yang

menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn

dan Sungai Dee di England. Dia juga membina

Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di

Eskdale, Scotland.

UMUM 
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC)

Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia

(MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang

bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti

pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan

ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan

daripada Malaysian Rubber Development

Corporation.

UMUM 
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM 
RAO, P.V. NARASIMHA

Rao, P.V. Narasimha (1921–2004) ialah Perdana

Menteri India pada tahun 1991 hingga tahun 1996.

Dia memegang jawatan tersebut apabila Parti

Kongres I memenangi kebanyakan kerusi dalam

pilihan raya parlimen. Sebagai Perdana Menteri, Rao

telah memperkenalkan pembaharuan ekonomi bagi

menarik pelaburan asing dan mempertingkatkan

perkembangan ekonomi. Walau bagaimanapun,

kerajaannya dihalang oleh konflik yang tidak dapat

diselesaikan antara kumpulan-kumpulan etnik dan

keagamaan.

UMUM 
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT

KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka.

SASTERAPenerbitan
ROYAL SOCIETY

Royal Society adalah satu daripada pertubuhan

saintifik yang tertua di dunia. Nama penuhnya ialah

Royal Society of London for Improving Natural

Knowledge. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun

1660 untuk mempertingkatkan sains semula jadi.


UMUMUmum

Kembali ke atas