SIDDONS, SARAH KEMBLE | Siddons, Sarah Kemble (1755–1831) ialah salah seorang pelakon tragik wanita England yang paling agung. Dia mempesonakan penonton dan pengkritik dengan suaranya yang nyaring, kecantikannya yang menyerlah, dan penampilan yang berani. Dia sering menjadi subjek penyair dan pelukis. | UMUM | |
BURUNG CENDERAWASIH | Burung cenderawasih ialah nama yang diberi kepada jenis burung tertentu yang mempunyai bulu banyak warna yang mempesonakan. Bulu ini tumbuh dalam banyak bentuk yang luar biasa. | UMUM | |
NEW MEXICO | New Mexico (pend. 1 521 779) ialah negeri di barat daya Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Taman yang Mempesonakan kerana pemandangannya yang indah dan kaya dengan sejarah. New Mexico pernah diperintah oleh Sepanyol, dan pengaruh Sepanyol jelas kelihatan pada nama tempat, makanan, dan budaya percutian. | UMUM | |
SAN FRANCISCO | San Francisco , California, ialah salah sebuah bandar yang paling menarik di dunia dan merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan perindustrian yang utama di Amerika Syarikat. Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana juga membantu memberikan bandar ini reputasi sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
RIMBAUD, ARTHUR | Rimbaud, Arthur (1854–1891) ialah pemuisi Perancis. Dia menulis puisi utamanya semasa lima tahun yang penuh gelora iaitu ketika berumur antara 15 tahun hingga 20 tahun. Puisi pertama yang menjadikan dia terkenal, ialah ‘Le Bateau ivre’ (“The Drunken Boat”, 1871). Dengan memerhati sebuah bot mainan di dalam sebuah kolam di taman, Rimbaud menggunakan daya khayalannya dengan menggambarkan bot itu mengharung lautan yang luas terbentang dengan pemandangan yang mempesonakan. | UMUM | |