Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.prés.krip.si.kan] | ممڤريسکريڤسيکن

Definisi : memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.prés.krip.si.kan] | ممڤريسکريڤسيکن

Definisi : memberikan preskripsi ttg cara menggunakan ubat, sukatannya dsb: Doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempreskripsikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DADAH

Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan

yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan

dadah untuk merawat atau mencegah banyak

penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah

pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa

mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit

berjangkit lain yang berbahaya.

UMUM 
TERAPI PEKERJAAN

Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti

amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental.

Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini

bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit,

masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan

menumpukan perhatian, terutamanya dalam

membantu pesakit membina kemahiran yang

diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus.

UMUM 
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 

Kembali ke atas