Orlando, Vittorio Emanuele (1860–1952), berkhidmat sebagai perdana menteri Itali dari tahun 1917 hingga tahun 1919. Dia memegang jawatan sebaik-baik sahaja selepas tentera Itali mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia I. Dia berusaha untuk menaikkan semangat orang awam dan tentera yang berdisiplin membantu Itali dalam perang, bersama-sama tentera Berikat, sehinggalah pihak Berikat mencapai kemenangan pada tahun 1918. Selepas perang, dia mengetuai delegasi Itali ke Persidangan Keamanan Paris pada tahun 1919. Dia meninggalkan persidangan itu buat sementara waktu kerana memprotes pihak Berikat yang tidak memenuhi tuntutan Itali terhadap bekas wilayah Austria. Penentangnya dalam Parlimen kemudian memaksa dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. |