Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.da.rat.kan] | مموضرتکن

Definisi : 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.da.rat.kan] | مموضرتکن

Definisi : 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROTENON

Rotenon ialah bahan beracun yang diambil

daripada akar tumbuhan derris dan cube. Ia sering

digunakan dalam semburan taman kerana, ia beracun

bagi haiwan berdarah sejuk, tetapi ia agak kurang

berbahaya bagi haiwan berdarah panas. Pekebun

sayur sering mennggunakan rotenon kerana racun

ini membunuh serangga tetapi tidak memudaratkan

manusia yang akan memakan sayur ini.

UMUM 
MIKOTOKSIN

Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada

bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat.

Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan

berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan

semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman

yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin

termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah.

Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat

daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni

manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu

daripada haiwan yang telah memakan bijian yang

dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi

kerajaan di banyak negara memeriksa paras

mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan

ternakan.

UMUM 

Kembali ke atas