Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,

Puisi
 

Raja panggil memukul canang,
     Canang dipukul bertali-tali;
Hendak meminta ataupun meminang,
     Bolehlah abang meminta sendiri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS

Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai

seorang atau dua orang pemain pada setiap

gelanggang, yang menggunakan raket untuk

memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi

jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata

yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain

cuba memungut mata dengan memukul bola supaya

pemain lawan gagal mengembalikan bola itu

melepasi jaring ke dalam gelanggang.

UMUM 
RACQUETBALL

Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas

dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan

di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola

dengan menggunakan raket yang menyerupai

raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini

dimainkan dalam gelanggang tertutup yang

berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan

6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan

secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam

permainan bola raket cut-throat , tiga pemain

bersaing sesama sendiri.

UMUM 
BOLA TAMPARBola tampar ialah permainan memukul
bola berulang-alik melintasi jaring dengan
menggunakan tangan atau kepala. Bola tampar
adalah salah satu permainan berpasukan yang
popular di dunia.
UMUM 
PINGPONG

Pingpong ialah permainan dalam dewan yang

menyerupai permainan tenis. Pemainnya

menggunakan raket yang dikenali sebagai raket

atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring

yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain

memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat

mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong

boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika

dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali

sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh

empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai

beregu .

UMUM 
KROKET

Kroket ialah suatu permainan popular yang

dimainkan di halaman berumput. Pemain menggunakan

tukul kayu untuk memukul bola melalui

lengkungan kecil yang disebut gelungan.

UMUM 
KLAVIKORD

Klavikord ialah alat muzik papan nada yang

menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord

dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali

wayar alat apabila mata ditekan.

UMUM 
TENIS PELANTAR

Tenis pelantar ialah permainan tenis yang

berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di

Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada

dua pemain di setiap gelanggang servis dengan

menggunakan bet untuk memukul semula bola

melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar

bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan

dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet

yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong

dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet

tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah

yang berwarna kuning.

UMUM 
POLO

Polo ialah sukan menggunakan bola yang

dimainkan dengan menunggang kuda di padang

yang luas atau di dalam bangunan. Dalam

permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat

pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke

gawang pihak lawan.

UMUM 
SIMBAL

Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang

bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar.

Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau

puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang

kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah

gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini

pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton

yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul

dua simbal bersama-sama atau dengan cara

memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis

tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau

kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau

yarn.

UMUM 
RODAT

RODAT, sejenis persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan sambil memukul rebana. Rodat yang berkembang di rantau ini dipercayai berasal dari tanah Arab. Perkataan ‘rodat’ itu adalah singkatan ‘hadzrah Baghdad’ atau dikir Baghdad. Rodat popular di Terengganu. Rodat ini dibawa ke Terengganu dari Indonesia. Di daerah Sambas, terdapat sejenis tarian yang dinamakan ‘redat’ yang menyerupai rodat yang berkembang di Terengganu.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas