Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK MAGGIORE

Tasik Maggiore ialah salah satu tasik yang

sangat terkenal di Itali. Sebahagian besar tasik ini

terletak di Itali, namun sebahagian kecil di utara

menganjur ke dalam Switzerland. Orang Itali

menamakan tasik tersebut Lago Maggiore yang

bermaksud tasik yang besar . Tasik Maggiore adalah

sepanjang 64 kilometer dan luasnya 212 kilometer

persegi. Di sesetengah tempat dalam tasik tersebut

melebihi 366 meter. Pergunungan yang tinggi

memuncak ke utara dan barat tasik itu. Di sebelah

selatan terdapat bukit-bukit yang dipenuhi dengan

ladang anggur. Bandar yang paling penting di Tasik

Maggiore ialah Locarno, Palanza dan Streza. Untuk

lokasi, lihat Switzerland (peta).

UMUM 

Kembali ke atas