Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTON, FRANCIS WILLIAM

Aston, Francis William (1877–1945), ahli fizik

British. Pada tahun 1917, dia mencipta spektograf

jisim yang memungkinkan atom yang lebih ringan

dan yang lebih berat dipisahkan dan berat atomnya

diukur dengan lebih tepat.

UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
PERTEMBUNGAN BAHASA

PERTEMBUNGAN BAHASA, keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain.  Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan.  Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik.

BAHASAKonsep
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 
MAKASAR

MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas