ANTISEPTIK | Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau memberhentikan pertumbuhan – kuman pada tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan membran mukus untuk membantu menghalang jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik adalah dadah yang merawat infeksi yang telah berlaku. | UMUM | |
DISINFEKTAN | Disinfektan ialah sebarang bahan yang memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa. Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang kuat yang digunakan untuk membersihkan pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit, dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk memasak. | UMUM | |
RABIES | Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit berjangkit yang memusnahkan sel saraf di bahagian tertentu otak dan selalunya mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan mamalia lain boleh menghidap penyakit ini. Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang sebarang objek atau haiwan lain yang berada di hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang bermaksud takut air. | UMUM | |
KEKABUH BIJIAN | Kekabuh bijian ialah kumbang kecil berwarna gelap yang memusnahkan bijian. Spesies kekabuh bijian yang paling dikenali ialah kekabuh jelapang biasanya, yang menyerang bijian yang disimpan dalam jelapang; dan kekabuh padi yang sering menyerang beras dan biji-bijian lain di ladang. | UMUM | |
RACUN HERBA | Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun herba untuk menghapuskan rumpai di laman, taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan lain. | UMUM | |
RACUN KULAT | Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit kulat telah memusnahkan tanaman kentang di Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga menyebabkan hawar berangan yang membunuh ribuan pokok berangan Amerika di Amerika Syarikat pada awal tahun 1900-an. | UMUM | |
PERIUK API | Periuk api ialah alat letupan yang digunakan dalam peperangan untuk membunuh tentera musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal, dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh. Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari tempatnya atau disentuh. Periuk api yang diletakkan di dalam air boleh meletup akibat daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan alat kawalan jauh. | UMUM | |
ANGIN UTARA | Angin utara ialah angin musim sejuk yang dingin yang bertiup di selatan Amerika Syarikat dan Teluk Mexico, memusnahkan tanaman dan kapal. | UMUM | |
PERTEMPURAN VERDUN | Pertempuran Verdun. Verdun ialah salah satu bandar tertua di Perancis yang pernah menjadi medan pertempuran semenjak Attila the Hun berusaha untuk memusnahkan bandar tersebut pada tahun 450 M. Bandar ini terletak di Sungai Meuse di bahagian utara Perancis, kira-kira 80 kilometer dari sempadan Jerman. Bandar ini sering menjadi penampan serangan musuh. | UMUM | |
PRION | Prion ialah zarah mikroskopik yang menyebabkan penyakit skrapi , sejenis penyakit yang menyerang lembu dan kambing. Penyakit ini menyerang dan lama-kelamaan memusnahkan sistem saraf pusat haiwan. Penyakit ini kebiasaannya akan membawa maut. | UMUM | |